seorang cikgu menanyakan satu soalan di dalam satu kelas murid sekolah rendah. namun pelbagai jawapan yang diberikan dengan girangnya.. apa soalannya..? ini soalannya. apakah saat mengbahagiakan dalam hidup anda ?
murid pertama : dapat hadiah kereta sport kontrol di harijadi saya !!
murid kedua : dapat tempat pertama tiga kali berturut-turut dalam kelas !!
murid ketiga : dapat melancong ke korea dengan kawan2 !!
murid keempat : cuti minggu ! dapat tengok karton kat rumah !!
murid kelima : dapat duit raya seribu aritu !!
murid keenam : dapat beli blackberry baru !!
murid ketujuh : dapat lepaskan jawatan ketua kelas…
cikgu : erkks… ?
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Kata Imam Ghazali adalah "memegang AMANAH"
seperti firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 72.. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya". (sumber)
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 200 : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (sumber)

1 terlepas kata:
org zaman dulu2 sboleh-bolehnya x nk jadi pemimpin..org skrg je yg makin tamak kuasa
Post a Comment