Jan 11, 2011

bunyi yang dibenci

benci.. mengapa kau benci mengapa merungut lagi… cuba.. cuba kau hayati mengapa merungut lagi…. woowooo… (benci by Hujan)

hidup kalau ada benci memang tak senang, tak tenang, tak aman dan tak masuk akal pulak kalau takde perasaan benci.. sebab itulah aku senang membenci bunyian berbanding orang. kerana hidup bukan untuk membenci sesama manusia.. ok, cukup nasihat harini… berbalik kepada tajuk, bunyi yang dibenci oleh aku…hee

Bunyi Hon Kereta – di ranking pertama ini aku paling benci. tak kisahlah aku sedang memandu atau sedang jalan-jalan di jalanan. aku benci bunyi hon kereta. kenapa suka sangat bunyikan hon kereta? ada yang jawab “kalau nak exsiden takkan nak tekan hon?”. aku jawab, “patutlah exsiden, orang tekan brek nak elak exsiden tapi ko tekan hon! ”

Bunyi sedutan Bibir – ini trend sekarang tapi aku pun tak tahu apa nama bunyi ni.. bunyi ni sering digunakan bila nak panggil seseorang.. aku tak tahulah kenapa suka sangat guna cara ni nak panggil orang.. disedutnya bibir sehingga keluarkan bunyi… alaa.. bunyinya tak kuat tapi nak panggil orang yang jauh.. tak beradab ok, aku benci bunyi ni..  

Bunyi Dengkur di Tengah Malam – bunyi ni menganggu aku nak tidur,huhu.. aku faham orang yang tidur bukannya nak sangat berdengkur. sebab tu aku bencikan bunyi dengur bukannya orang yang berdengkur. yang lawaknya, aku pernah turun dari katil then pegi pecit hidung kawan aku tengah2 malam buta kat asrama dulu sebab berdengkur kuat sangat sampai aku terjaga, ahaha.. sory ek kalau tersedar!

hehehe.. mungkinkah korang juga ada bunyi yang dibenci ? apa ? sama je ngan aku ? atau lagi menarik ? hehe.. ok cukuplah 3 je bunyi yang paling dibenci oleh pandazemoo..

1 terlepas kata:

Mohammednajib said...

lain orang lain bunyi yang dibenci.....

singgah sini juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan